[Repost] Modul Masalik al-Najah Bahasa Arab SPM

Istimewa untuk untuk guru Bahasa Arab Menengah Atas, di sini dikongsikan CD Modul Imtiyaz Masalik al-Najah Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebagai bahan bantu mengajar para asatizah bagi menambahbaik PdP Bahasa Arab. Jazakallah kepada Us. Ikhwan bin Zainuddin, Penolong Pengarah Bahasa Arab SPI JPN Kedah kerana memberi kebenaran bagi berkongsi modul ini.

Modul ini mengandungi slide pembentangan bagi kesemua tajuk Nahu, Sarf dan Balaghah yang menjadi muqarrar Bahasa Arab KBSM Tingkatan Empat dan Lima. Berikut merupakan sebahagian isi kandungan modul tersebut :


Tahniah kepada semua team khubara' dan asatizah yang telah bertungkus lumus menyediakan modul ini. Mubarak 'alaikum!! Terima kasih kerana memberi peluang kepada penulis untuk bersama dalam team hebat ini. Untuk memuat turun CD Modul Imtiyaz Masalik al-Najah di atas, sila klik pada ikon di bawah. Manfaat dikongsi bersama.