Matan al-Bina : Siri 13

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 13. Masih berbaki 22 bab.




Bab Keempat (4 of 5)
( No. 13 of 35, rujuk Jadual )

تفعّل يتفعّل تفعّلا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- تكلم : bercakap

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf TA di awalnya dan pengulangan huruf 'AIN.


Peranan / Makna :

Menunjukkan kepada makna TAKALLUF,

Makna Takalluf : Mendapatkan sesuatu selepas sesuatu diperolehi (lagi dan lagi).

- cth : Aku mempelajari ilmu, perbahasan demi perbahasan.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12

Lagi...

Selawat al-Anwar

Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan, marilah kita memperbanyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam. Dikongsikan di sini Selawat al-Anwar oleh Sidi Ahmad Badawi.

selawat al-anwar

Ya Allah, selawat buat cahaya sekalian cahaya,
rahsia segala rahsia, penawar sekaliannya,
pembuka pintu kemudahan,

Sayyidina Muhammad yang terpilih,
kerabat baginda yang suci, para sahabat yang terbaik,
terhitung segala nikmat Allah jua anugerah-Nya.

Lagi...

Kisah 2 : Pati Arnab

kisah juhaKisah Juha Siri 2 memaparkan bagaimana Juha melayan karenah tetamu-tetamu yang tak diundang. Semoga terhibur.

02- مرق الأرنب

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 12

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 12. Masih berbaki 23 bab.




Bab Ketiga (3 of 5)
( No. 12 of 35, rujuk Jadual )

افعلّ يفعلّ افعلالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- احمرّ : kemerah-merahan

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya dan pengulangan huruf LAM.


Peranan / Makna :

Menunjukkan kepada makna MUBALGHAH iaitu berlebih-lebihan,

Juga menunjukkan kepada makna WARNA & KEKURANGAN

- cth WARNA : Zaid kemerah-merahan.
- cth KEKURANGAN : Zaid tempang.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11

Lagi...

Pulanglah

Jom belajar Bahasa Arab melalui kartun. Kita perhatikan gaya bahasa yang cukup sopan yang digunakan di samping memahami sedikit hukum-hakam berkaitan kisah yang dipaparkan.

Lagi...

Kisah 1 : Kamu Ambillah Dirham Itu

kisah juhaSiri Kisah Juha merupakan ruangan baru yang mempunyai 25 siri kisah lucu Juha. Jika sastera melayu terkenal dengan Pak Pandir, Juha merupakan karekter lucu dalam sastera Arab. Semoga terhibur.

01-خذ أنت الدراهم

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 11

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 11. Masih berbaki 24 bab.




Bab Kedua (2 of 5)
( No. 11 of 35, rujuk Jadual )

افتعل يفتعل افتعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- اجتمع : berhimpun

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya dan TA di antara fa dan 'ain.


Peranan / Makna :

Juga menunjukkan kepada makna MUTAWA'AH,

* Makna Mutawa'ah : Kesan yang berlaku daripada kata kerja terhadap penyambut/mangsa.

- cth : Aku menghimpunkan unta-unta, maka berhimpunlah unta-unta itu.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10

Lagi...