Peranan Alif

Untuk kali ini, kita akan membahaskan tentang huruf alif berbaris fathah (atas).

Ia mempunyai dua makna ;

Pertama, alif tanpa mad bermaksud wahai, woi dan yang seerti dengannya, berperanan sebagai kata panggilan النداء (nida') kepada individu yang berada berhampiran. Sekiranya alif ini hadir bersama tanda mad, ia ia berperanan sebagai kata panggilan untuk yang berada jauh.
Contoh ;

أمحمد، خذ هذه الهدية
آمحمد، لم أسمع صوتك

Kedua, alif tanpa mad berperanan sebagai pertanyaan yang bermaksud adakah.

"maka apakah orang yang berpegang pada keterangan dari Tuhannya sama dengan orang yang memandang baik perbuatan buruknya.." [Muhammad 14]

"...maka apakah orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik atau dakah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat.." [Fussilat 40]

Kadang-kadang alif yang merujuk kepada pertanyaan ini, tidak membawa maksud pertanyaan yang sebenar yang menuntut kepada jawapan atau perlu untuk berfikir. Tetapi, pertanyaan atau persoalan yang diajukan memberikan lapan makna/peranan lain yang cukup menarik. Maha Suci Allah Taala.

1. التسوية Untuk menunjukkan persamaan. Kebiaasannya terletak selepas kalimah سواء (sama ada).

"sama ada kamu memohon ampun untuk mereka ataupun tidak.."
[al-Munafiqun 6]


2. الإنكار الإبطالي yang merujuk kepada perkara batil yang tidak berlaku dan orang yang mendakwa perkara demikian adalah pembohong.
"apakah untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak lelaki." [as-Saffat 149]

3. الإنكار التوبيخي yang merujuk kepada perkara batil yang telah berlaku dan orang yang melakukannya ditempelak.

"...apakah kamu menyembah apa yang kamu pahatkan?" [as-Saffat 95]

4. التقرير sebagai pengakuan kepada perkara yang sudah diketahui.

"adakah kamu yang melakukan sedemikian terhadap sembahan-sembahan kami, wahai Ibrahim.." [al-Anbiyak 62]

5. التهكم sindiran.

"..apakah agamamu yang menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh moyang kami.." [Hud 87]

6. الأمر perintah.

"..dan katakan kepada orang-orang yang diberi kitab dan yang buta huruf, berimanlah kamu.. [ali Imran 20]

7. التعجب takjub.

"apakah kamu tidak memerhatikan ciptaan Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan bayang-bayang.." [al-Furqan 45]

8. الاستبطاء untuk berlembut bagi menarik perhatian.

"belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah..." [al-Hadid 16]

Alangkah indahnya bahasa syurga..Waalahu Taala A'lam.

Rujukan ; Mughni al-Labib 'an Kutubi al-A'arib oleh Ibn Hisyam.