Matan al-Bina : Siri 1

Insya Allah, Siri Memahami Matan al-Bina ini dimulakan dengan Bab 1. Ana cuba sampaikan dalam bentuk yang paling simple dan mudah untuk difahami.

JadualTerlebih dahulu, satu carta akan dijadikan sebagai rujukan supaya kita nampak bagaimana kedudukan 35 bab dalam Matan al-Bina ini disusun. Sila klik untuk lebih jelas.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ketahuilah bahawa Tasrif itu mengandungi 35 bab.

Enam daripadanya adalah Sulasi Mujarrad. Iaitu kalimah 3 huruf tanpa penambahan.



Bab Pertama
( No. 1 berdasarkan Jadual di atas )

فعَل يفعُل
Ini disebut sebagai wazan iaitu Acuan.

Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- نصر : tolong
- خرج : keluar
- كتب : tulis
- أكل : makan
- سكن : tingal

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi dan mudhori' kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

'Ain fi'il iaitu huruf 'ain pada wazan/acuan di atas mestilah ;

- berbaris fathah ketika madhi.

- berbaris dhommah ketika mudhori'.



Peranan :

- Kebiasaanya menunjukkan kepada muta'addi
- contoh : Zaid telah menolong Umar.

- Kadang-kadang menunjukkan kepada lazim
- contoh : Zaid telah keluar.

Maksud Muta'addi & Lazim

- Muta'addi : Kata kerja yang disertai bersamanya penyambut/objek ( maf'ul ) atau disebut sebagai kata kerja transitif.

- Lazim : Kata kerja yang dilakukan tanpa objek, bahkan berlaku ke atas pelaku itu sendiri atau disebut kata kerja tak transitif.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan