Matan al-Bina : Siri 3

Insya Allah, kita sambung Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 3. Semoga kita terus thabat dalam mempelajarinya.



Bab Ketiga
( No. 3, rujuk Jadual )

فعَل يفعَل
Ini adalah wazan iaitu Acuan.

Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- فتح : buka
- ذهب : pergi
- منع : larang
- جعل : menjadikan
- قرأ : baca

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi dan mudhori' kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

'Ain fi'il iaitu huruf 'ain pada wazan/acuan di atas mestilah ;

- berbaris fathah ketika madhi.

- juga berbaris fathah ketika mudhori'.

Syarat-syaratnya :

Mestilah huruf yang berada pada kedudukan 'ain fi'il ATAU lam fi'il itu merupakan salah satu daripada huruf halqi.


Huruf-huruf halqi terdapat enam iaitu ;
ح - خ - ع - غ - هـ - ء

Perhatikan pada kelima-lima contoh kalimah di atas, 'ain fi'il atau lam fi'ilnya merupakan huruf halqi.


Peranan :

- Juga kebiasaanya menunjukkan kepada muta'addi
- contoh : Zaid telah membuka pintu.

- Kadang-kadang menunjukkan kepada lazim
- contoh : Zaid telah pergi.

Apa itu muta'addi dan lazim ? Sila rujuk artikel lalu.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | Siri 1 | Siri 2