Matan al-Bina : Siri 11

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 11. Masih berbaki 24 bab.




Bab Kedua (2 of 5)
( No. 11 of 35, rujuk Jadual )

افتعل يفتعل افتعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- اجتمع : berhimpun

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya dan TA di antara fa dan 'ain.


Peranan / Makna :

Juga menunjukkan kepada makna MUTAWA'AH,

* Makna Mutawa'ah : Kesan yang berlaku daripada kata kerja terhadap penyambut/mangsa.

- cth : Aku menghimpunkan unta-unta, maka berhimpunlah unta-unta itu.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10