Matan al-Bina : Siri 12

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 12. Masih berbaki 23 bab.




Bab Ketiga (3 of 5)
( No. 12 of 35, rujuk Jadual )

افعلّ يفعلّ افعلالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- احمرّ : kemerah-merahan

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya dan pengulangan huruf LAM.


Peranan / Makna :

Menunjukkan kepada makna MUBALGHAH iaitu berlebih-lebihan,

Juga menunjukkan kepada makna WARNA & KEKURANGAN

- cth WARNA : Zaid kemerah-merahan.
- cth KEKURANGAN : Zaid tempang.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11