Perbezaan Ibnu dan Bin

nahu sarfDalam bahasa arab tidak dimulai pada ayat tertentu dengan tanda mati (الساكن) , dan tidak berhenti pada tanda berbaris (المتحرك). Oleh itu, kita perlu mengenali tajuk ini berada pada bab hamzah wasal (همزة الوصل) sebagai perbahasan.

Maksud hamzah wasal :

Sesuatu yang bersambung dengan hamzah wasal disebut dengan mati (الساكن) , jatuh (tiada) ketika bersambung antara perkataan, timbul (ada) ketika awal ayat.

1)Maka ابن adalah asal perkataan.

Contohnya :
ابن عمر
(dibaca alif dengan kasrah)

2)Dibuang sebutannya (لفظ) bukan tulisan (خط) jika didahului sebelumnya perkataan.

Contohnya:
قال ابْن عمر
(tidak disebut alif (mati ), terus bersambung dengan ba ketika dibaca secara bersambung)

3) Dibuang sebutan dan tulisan ketika didahului dengan Kata Nama Khas (اسم العلَم), dan selepasnya juga ada Kata Nama Khas (اسم العلَم). Dengan syarat dijadikan dia sifat untuk Kata Nama Khas yang pertama.

Contohnya:
أحمد بْن عمر
(Dibuang Alif dan sebutannya ketika berada di antara dua Kata Nama Khas)

Disediakan oleh:
Zulkifli bin Abdul Aziz
Sumber :
Syaz AlUruf fi Fan Assarf – Syeikh Ahmad Alhamlawi.
Assarf Almuyassar – Bakri Hasanain Uwais, Mutawalli Muawwath Maliji.