PAK21 Mentimeter dalam PdPc Bahasa Arab

Mentimeter merupakan salah satu web interaktif yang boleh membantu para guru dalam melaksanakan PdPc yang lebih menarik. Mentimeter menyediakan platform yang ringkas untuk mendapatkan respon secara cepat dan ringkas serta menyeluruh. Ia juga sesuai untuk digunakan oleh guru-guru ketika memberikan ceramah, kursus atau bengkel kepada rakan-rakan guru yang lain.

Di sini saya kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan tips mudah untuk guru-guru yang berminat untuk mencuba. Tiada sebarang aplikasi yang perlu dipasang, cuma menggunakan browser sedia ada untuk melayari web berkenaan. Syaratnya, semua audien mestilah mempunyai netbook/pc atau telefon pintar yang mempunyai internet.

Sebelum PdPc

  • Guru perlu membina akaun terlebih dahulu pada web mentimeter.com
  • Mulakan dengan +New presentation.
  • Guru boleh memilih mana-mana Type atau bentuk yang sesuai. Rujuk Cadangan dan Tips di bawah
  • Cipta soalan yang boleh diajukan kepada audien.

  • Semasa PdPc
  • Untuk mendapatkan respon, klik Present dan paparkan untuk tontotan umum.
  • Minta audien untuk masuk ke laman menti.com.
  • Masukkan code yang boleh diperoleh pada paparan utama yang ditayangkan pada bahagian atas.
  • Audien boleh mula memberikan respon ringkas.

  • Cadangan dan Tips
    Di sini penulis kongsikan sebahagian presentation yang penulis gunakan sewaktu PdPc, maaf kerana tidak menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.
  • Gunakan Word Cloud untuk tajuk berkaitan mufrodat.


  • Gunakan Open Ended untuk berkongsi isi penting daripada petikan atau isi untuk membina insyak. Boleh juga dijadikan sebagai parking lot.


  • Gunakan Multiple Choice untuk traffic light.


  • Gunakan Image Choice bergambar untuk penilaian.


  • Dan banyak lagi.. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.