Dokumen Penjajaran Kurikulum Kegunaan 2020 (PIBA dan KBD)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab telah dijajarkan sesuai dengan keadaan semasa kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda Negara.

Penjajaran kurikulum yang dilaksanakan ini bukanlah kurikulum yang baharu malahan ia adalah berasaskan kurikulum sedia ada yang terkandung dalam DSKP KSSM semua mata pelajaran pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kandungan DSKP tersebut telah dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

Penjajaran dilaksanakan bertujuan untuk memberi penekanan terhadap Kandungan Asas yang perlu dikuasai oleh murid dan dilaksanakan secara bersemuka bersama murid. Manakala Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap pula berperanan sebagai penyokong kepada keseluruhan pembelajaran murid dalam mencapai standard yang ditetapkan. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan pembelajaran samada secara bersemuka atau secara homebased-learning menggunakan medium yang bersesuaian tanpa mengabaikan standard dalam DSKP yang ingin dicapai. (Dipetik daripada Kata Pengantar DPK)

Di sini penulis himpunkan Dokumen Penjajaran Kurikulum untuk kegunaan Tahun 2020 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan semua mata pelajaran aliran KBD bagi memudahkan sahaba-sahabat guru memuat turun dokumen berkenaan.


Semoga bermanfaat.

0 respon: