21 - 22 Mei, bertempat di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Kursus Orientasi KSSM bagi Kurikulum Bersepadu Dini untuk Jurulatih Utama Kebangsaan. Penulis diamanahkan untuk mewakili negeri Kedah bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah (LAM) Tingkatan 2. Turut dikongsikan adalah DSK LAM Tingkatan 5.
Kursus Orientasi KSSM KBD LAM 2018
Majlis Ihtifal Ilmi SMA Kedah Peringkat Negeri
14 Mei 2018, telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Ilmi SMA Negeri Kedah Peringkat Negeri Kedah bertempat di SMA (Arab) Yayasan Khairiah, Baling. Sekali lagi, penulis diamanahkan untuk menjadi hakim bagi acara Terjemah. Sebelum ini penulis telah diamanahkansebagai hakim bagi acara yang sama di peringkat zon. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.
PAK21 Kahoot! dalam PdPc Bahasa Arab
Kahoot! merupakan salah satu bentuk gamifikasi dalam PdPc yang menarik untuk dipraktikkan. Syarat utama mestilah mempunyai akses internet yang baik. Aplikasi Kahoot! tidak jauh berbeza dengan Quizizz, cuma terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-duanya. Untuk mengetahui perbezaannya, sila rujuk sini.
Majlis Ihtifal Ilmi SMA Kedah Zon 3
23 April 2018, telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Ilmi SMA Negeri Kedah Peringkat Zon 3 bertempat di SMA Annajah, Baling. Penulis diamanahkan untuk menjadi hakim bagi acara Terjemah. Sebelum ini penulis hanya berpengalaman sebagai hakim bagi acara Kitabat al-Maqal, ini merupakan kali pertama terlibat dalam acara Terjemah, namun dengan bimbingan guru-guru senior alhamdulillah.
FTL Ilqa al-Khitobah (Pidato) dalam PdPc Bahasa Arab
Ilqa al-Khitobah atau pidato merupakan salah satu seni penyampaian bahasa yang agak mudah untuk dilaksanakan di dalam PdPc. Biar pun mudah, janganlah diremehkan dengan hanya meminta pelajar untuk sekadar membaca di hadapan kelas. Pasti menjemukan! Di sini penulis kongsikan beberapa tips agar FTL ini memberikan impak yang maksima dan pelajar mendapat sesuatu yang manis untuk dikenang.
Masalik al-Najah SPM Edisi Kemaskini 2018
Setelah dipersetujui dan disemaksemula bersama di dalam Bengkel Peningkatan Akademik baru-baru ini, Modul Masalik al-Najah SPM (Edisi Kemaskini 2018) yang diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah Darul Aman disebarkan semula. Modul ini mengandungi soalan-soalan latih tubi Nahu, Sarf dan Balaghah. Edisi 2018 ini telah dikemaskini dengan penambahan soalan-soalan SPM sebenar daripada tahun 2012 - 2017. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum. Link asal, di sini.
Bengkel Peningkatan Akademik Bahasa Arab SPM Kedah
3 April 2018, satu bengkel anjuran Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah telah diadakan di PKG Sungai Limau, Yan bagi membina beberapa modul bahasa Arab. Semoga gerak kerja ini dapat membantu para asatizah dan calon-calon SPM 2018 ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang. Nantikan kemunculan modul-modul ini, insya Allah.





