[Qasidah] Rembulan Purnama

Burdah untuk dihayati dan diselami makna dan keindahan bahasanya.

Ya Badratim

Wahai Purnama sempurnalah dirimu
Dek kerna engkau memiliki segala kesempurnaan
Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan
Demi menyatakan ketinggian peribadimu

Engkau telah menyimbahkan sinar
Di segenap ceruk pelusuk maya
Justeru dengar sinar itu
Terpadamlah segala kesesatan

Setiap sesuatu menagih sirnamu
Wahai lambang kepada petunjuk Ilahi
Dengan cahaya dan limpahan nikmat
Dan segala kelebihan

Selawat dari Tuhan buatmu
Berterusan selama-lamanya
Berkekalan bersama berlalunya
Pagi dan petang

Serta ke atas seluruh kerabat
Dan para sahabat
Telah diangugerahkan kesempurnaan
dari Tuhan Yang Maha Tinggi


1. Versi santai

Muat turun .mp3 - 1.41MB
download

2. Versi rancak

Muat turun .mp3 - 2.8MB
download

Link download akan ana masukkan kemudian. Link download untuk versi rancak tidak dapat dimasukkan kerana ana tidak memiliki mp3 berkenaan. Alhamdulillah, ana berjaya grab mp3 tu dr imeem.

P/S : Blog ini akan ditawaqufkan sementara kerana ana akan menghadapi final exam 9 Mei - 14 Jun. Maaf atas salah dan silap. Doa dari sahabat-sahabat amat diharapkan.