Matan al-Bina : Siri 14

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 14. Masih berbaki 21 bab.




Bab Kelima (5 of 5)
( No. 14 of 35, rujuk Jadual )

تفاعل يتفاعل تفاعلا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- تباعد : saling menjauhi
- تصالح : saling berdamai

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf TA di awalnya dan huruf ALIF di antara FA dan 'AIN.


Peranan / Makna :

Menunjukkan kepada makna PERKONGSIAN / SALING sama ada dua orang atau lebih.

- cth perkongsian dua orang : Zaid menjauhi Amru.
- cth perkongsian ramai : Komuniti itu saling berdamai.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13