Matan al-Bina : Siri 13

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 13. Masih berbaki 22 bab.




Bab Keempat (4 of 5)
( No. 13 of 35, rujuk Jadual )

تفعّل يتفعّل تفعّلا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- تكلم : bercakap

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf TA di awalnya dan pengulangan huruf 'AIN.


Peranan / Makna :

Menunjukkan kepada makna TAKALLUF,

Makna Takalluf : Mendapatkan sesuatu selepas sesuatu diperolehi (lagi dan lagi).

- cth : Aku mempelajari ilmu, perbahasan demi perbahasan.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12