Vice Versa

Suatu tajuk di dalam Ilmu Badi' yang disebut sebagai العكس والتبديل . Di sini ana terjemahkan sebagai ' vice versa ' atau 'sebaliknya'. Berikut merupakan petikan ayat sebagai contoh bagi memudahkan kefahaman.

1. al-Baqarah : 187


Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.


2. Ali 'Imran : 27


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.


3. al-Mumtahanah : 10


Sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami).


Mudah saja. Perhatikan pada contoh di atas, tumpukan pada ayat merah dan biru.

  • Ayat merah merupakan ayat asal.
  • Ayat biru pula merupakan ayat 'sebaliknya'.

S : Dimanakah berlakunya 'akas? Dan di mana pula tabdil?

J : 'Akas berlaku pada makna manakala tabdil pada susunan kalimat.

Wallahu a'lam.