Uslub Takjub - Kagum!

nahu sarfRasa takjub, kagum, terpesona, hairan, kaget dan sebagainya merupakan suatu perasaan yang seringkali kita rasai setiap hari. "Wah, cantiknya!" , "Alangkah hebatnya kuasa Tuhan!" , "Amboi, sombongnya dia" adalah sebahagian luahan yang biasanya lahir secara spontan. Tuuudiaa..! :D

Di dalam Bahasa Melayu, kata seru digunakan bagi menggambarkan perasaan takjub ini. Di dalam Bahasa Arab pula, terdapat suatu tajuk khusus di dalam bab Nahu iaitu Uslub Ta'ajjub ;

أسْلوبُ التَعَجُّبِ

Namun di dalam bahasa Arab, tiada perkataan khusus seperti kata seru di dalam Bahasa Melayu, yang ada hanya 2 uslub ( bentuk ayat ) ;

1.
مَا أَفْعَلَه
2.
أَفْعِلْ بِه

Mudah saja. Gantikan mana-mana fe'el ( kata kerja ) dengan kalimah di atas.

rumahContoh : Sekiranya kita ingin menyatakan "Wau, hebatnya rumah itu!" maka fe'el untuk kalimah hebat adalah عَظُمَ

Jadi, ayat lengkapnya adalah ;

مَا أَعْظَمَ البَيْتَ

أَعْظِمْ بِالبَيْتِ

Cuma terdapat beberapa syarat fe'el yang boleh dikiaskan kepada uslub di atas, di sini penulis nyatakan sebahagian sahaja, mestilah ;

1. fe'el sulasi ( kata kerja 3 huruf )

2. mabni lil ma'lum ( kata kerja aktif )

3. musbit ( kata kerja positif )

Wallahu a'lam..