Perbendaharaan #5

thaqafahKoleksi kelima, berdasarkan apa yang disiarkan di Twitter Ustaz Tuan Asmawi Tn Umar. Sila follow twitter ustaz di sini atau like facebook di sini. Sama-sama kita menambahkan pengetahuan dalam bahasa indah ini.

Tweet bertarikh 28 Jun 2011 :

وتلقائيا
Wa tilqoo-iyyan
(dan dengan sendirinya)

قبل الخوض في المناقشة
Qobla alkhaudhi fil munaaqosyah
(sebelum melangkah dalam perbincangan)

رحلة إلى شاطئ البحر
Rehlatun ilaa syaati-ie albahri
(perkelahan di tepi pantai)


Tweet bertarikh 29 Jun 2011 :

شعب غريب في موطني
Sya'bun ghoriibun fi mauthinihi
(terasing di bumi sendiri)

التسكع في الطريق
Attasakku' fi atthoriiqi
(melepak di jalan)

اللون الأصفر ليس له ذنب
Allaunu al-asfaru laisa lahu zanbun
(tiada dosa pada warna kuning)

ذهابا وإيابا تبقى كما هو
Zihaaban wa iyaaban tabqa kamaa hua
(pi mai pi mai tangtu)

مستشفى الأمراض النفسية
mustasyfa al-amrodhi annafsiyyati
(hospital sakit jiwa)

ما أصغر هذه الدنيا
Ma asghoro haazihi addunya
(betapa kecilnya dunia ini)

أكلتم تمري وعصيتم أمري
Akaltum tamri wa 'asoitum amri
(susu dibalas tuba/melepaskan anjing tersepit)

الحزب المعارض / الحزب الحاكم
Alhizbu alhaakimu, Alhizbu almu'aaridhu
(parti pemerintah), (parti pembangkang)

إعادة العرض للمباراة
I'aadatu al-'irdhi lil mubaaroti
(ulang tayang permainan)

قضية إقتصادية / قضية سياسية
Qodhiyyatun siasiyyatun, qodhiyyatun iqtisodiyyatun
(isu politik), (isu ekonomi)


Semoga bermanfaat.