Pro & Kontra

Jika sebelum ni kita berbicara tentang Antonim, kali ini sama-sama kita mengenali satu tajuk yang tidak jauh bezanya iaitu Pro & Kontra atau di dalam Bahasa Arabnya disebut al-Muqabalah.

المقابلة

Definisi :

Suatu kalam yang datang dengan dua objek atau lebih dalam bentuk pro, disusuli dengan kalam yang datang dalam bentuk kontra secara tertib.

Mudah saja, jangan risau. Definisi memang macam tu, ngeri sikit.

Perhatikan saja contoh di bawah ;

Firman Allah Taala [al-A'raf : 157]

ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Terjemahan : "Dan dihalalkan kepada mereka benda yang baik dan diharamkan ke atas mereka benda yang kotor"

Objek PRO :
- dihalalkan
- benda yang baik

Objek KONTRA :
- diharamkan
- benda yang kotor

Penjelasan : Bukankah halal lawannya haram? Bukankah yang baik lawannya kotor? Jadi di sini jelas bahawa didatangkan ayat pertama "dan dihalalkan kepada mereka benda yang baik" dalam bentuk PRO kemudian disusuli ayat kedua "dan diharamkan ke atas mereka benda yang kotor" dalam bentuk KONTRA.

Firman Allah Taala [at-Taubah : 82]

فليضحكوا قليلا وليبكوا كثيرا

Terjemahan : "Maka hendaklah kamu ketawa sedikit dan hendaklah kamu menangis banyak"

Objek PRO :
- ketawa
- sedikit

Objek KONTRA :
- menangis
- banyak

Kalau faham definisi, pasti dapat bezakan antara Antonim dengan Pro & Kontra. Alhamdulillah, sekiranya faham. Wallahu A'lam.

Lagi...

Huruf Angka

Nak letak tajuk pun susah. Nak tahu apa maksudnya, kenalah baca. Seringkas dan semudah mungkin adalah pendekatan yang saya guna.

Kita imbau balik, zaman sekolah dulu (mungkin juga kini).

Kalau cikgu-cikgu akademik bila tulis kat nota kat papan hitam mesti guna angka 1 2 3, pecahannya a b c, dan kecil lagi i ii iii (angka roman).

Ustaz/zah pula mesti guna 1 2 3 juga tapi angka Arab (tak dapat tunjuk contoh sebab web tak baca angka Arab) dan satu lagi kalau perasan mesti guna HURUF Arab.

Kalau dikiaskan kepada a b c, huruf Arab mesti mula dari Alif hingga Ya, tapi mula dengan huruf alif, ba lepas tu bukan ta tapi jim kemudian dal. Kenapa?

Mungkin ada yang perasan tapi tak pernah cari jawapan kenapa.

Ini disebabkan sejarah huruf itu sendiri, setiap huruf mewakili nilainya sendiri. Ini yang saya maksudkan dengan HURUF ANGKA.

Sebelum angka wahid, isnan dan salasah diperkenalkan. Semua nilai diwakili oleh huruf.

Nilai-nilai itu adalah seperti di bawah :

Nilai sa ;
Alif - Satu
Ba - Dua
Jim - Tiga
Dal - Empat
Ha (Hantu) - Lima
Wau - Enam
Zai - Tujuh
Ha (Pedas) - Lapan
To - Sembilan


Nilai Puluh ;
Ya - Sepuluh
Kaf - Dua puluh
Lam - Tiga puluh
Mim - Empat puluh
Nun - Lima puluh
Sin - Enam puluh
Ain - Tujuh puluh
Fa - Lapan puluh
Sad - Sembilan puluh


Nilai Ratus ;
Qaf - Seratus
Ro - Dua ratus
Syin - Tiga ratus
Ta - Empat ratus
Tha - Lima ratus
Kho - Enam ratus
Zal - Tujuh ratus
Dhod - Lapan ratus
Zho' - Sembilan ratus


Nilai Ribu ;
Ghain - Seribu


Sebagai contoh 1240 ditulis مرغ kerana Mim adalah Empat puluh, Ro adalah Dua ratus dan Ghain adalah seribu.

Angka kosong tidak diwakili oleh mana-mana huruf.


Cuma untuk dua ribu dan ke atas, wallahu a'lam.

Rumus adalah seperti berikut :

أَبْجَد هَوَّز كَلُمَن سَعَفص قَرَشَت ثَخَذ ضَظَغ

PERHATIAN : Susunan di atas adalah susunan yang ASLI sebelum disusun semula oleh Nasr bin Asim al-Laisi seperti yang ada sekarang iaitu Alif hingga Ya berdasarkan persamaan bentuk huruf, diletakkan bersama.

Sumber : al-Arqam al-Arabiyah oleh Dr. Ahmad Matloob
Maklumat lanjut, muat turun kitab di sini.

Lagi...

[Qasidah] Berita Gembira!

Umat manusia telah diutuskan seorang Rasul dengan membawa berita gembira. Menerangi manusia sepanjang zaman. Sebuah burdah yang memuji Rasulallah s.a.w.

Lagi...

Kaada wa akhawatuha

Kaada wa akhawatuha.. Apakah terjemahan sesuai? Kalimah 'hampir' dan yang seerti dengannya. Setuju? Kalau ada cadangan lain, tinggalkan di ruang komen. Sama-sama kita kongsi sekadar yang ada.

كاد وأخواتها

Sesetengah kitab meletakkan 'Kaada wa akhawatuha' di bawah tajuk 'Kaana wa akhawatuha' manakala setengah kitab mengasingkannya dengan menjadikan tajuk 'Kaada wa akhawatuha' satu tajuk yang lain.

Ini disebabkan ada persamaan dan perbezaan di antara 'Kaada wa akhawatuha' dan 'Kaana wa akhawatuha'.

Persamaan

Kedua-duanya mempunya peranan dan hukum i'rab yang sama, iaitu ;
- Merafa'kan isim
- Menasabkan khabar

Disebabkan persamaan inilah yang menyebabkan sesetengah penulis meletakkan tajuk 'Kaada wa akhawatuha' di bawah tajuk 'Kaana wa akhawatuha'.

Perbezaan

Perbezaan hanya terdapat pada 'Kaada wa akhawatuha', iaitu ;
Khabar 'Kaada wa akhawatuha' MESTI merupakan fe'el mudhari'.

Contoh

Kaana wa akhawatuha

كان الناس أمة واحدة
Manusia itu merupakan satu komuniti.


كان : فعل ماض ناقص
الناس : اسم كان مرفوع
أمة : خبر كان منصوب
واحدة : نعت منصوب

Kaada wa akhawatuha

كادت الشمس تغرب
Matahari hampir terbenam.


كادت : فعل ماض ناقص
الشمس : اسم كاد مرفوع
تغرب : فعل مضارع مرفوع وفاعله تقديره هي. والجملة الفعلية في محل نصب خبر كاد

Wallahu A'lam.

Lagi...

Benci + Cinta = Bencinta ?

Benci dan cinta, dua kalimah yang berlawanan. Dapatkah dihimpunkan dalam satu masa? Mungkin YA bagi yang pernah merasai. Mugkin TIDAK bagi yang menilai menggunakan akal. Kedua-duanya membahayakan.

Entri kali ini, mengajak kita sama-sama meneliti keindahan bahasa dan menyingkap kecantikan makna yang telah dituturkan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. Ungkapan ini telah dirakamkan pada kedudukan yang terakhir di dalam Kitab al-Adab al-Mufrad karangan Imam Bukhari.

لا يَكُنْ حُبُّكَ كَلَفاً، ولا بُغْضُكَ تَلَفاً

Terjemahan :

Jangan biarkan cinta kamu itu membebankan,
dan jangan pula benci kamu itu membinasakan.


Aspek Nahu :

لا : لا الناهية
يكن : فعل مضارع مجزوم بلا الناهية وعلامة جزمه السكون
حبك / بغضك : اسم كان مرفوع بالضمة
كلفا / تلفا : خبر كان منصوب بالفتحة

Aspek Balaghah :

Pertama, secara jelas kita dapat lihat السجع SAJA' iaitu ritma ( rujuk artikel lalu : Rhythm ) pada lafaz kalafan dan talafan.

Kedua, terdapat الإيجاز IJAZ ( belum dibincangkan lagi sebelum ini ) iaitu ringkas
dalam erti kata, kalimah yang digunakan itu cukup ringkas tetapi mengandungi banyak makna yang tersirat yang perlu kepada huraian.

Buktinya ; Beliau ditanya, "Bagaimana itu boleh berlaku?" Saidina Umar r.a. menjawab : "Apabila kamu menyintai sesuatu, ia akan membebankan kamu sebagaimana anak-anak kecil. Dan apabila kamu membenci sesuatu, kamu harapkan/melakukan kebinasaan kepadanya."

Sudah jelas?

Kalau rasa kurang faham, itulah yang dinamakan IJAZ, kalam yang hanya sejengkal namun maknanya sedepa. IJAZ banyak akan kita temui dalam untaian hadis Rasulillah s.a.w kerana Baginda dianugerahkan satu kelebihan yang disebut sebagai Jawami' al-Kalim.

Wallahu A'lam.

Lagi...

Dan Lagi..

Seringkali kita gunakan frasa 'dan lain-lain lagi', 'dan sebagainya', 'dan selanjutnya' dan pendek kata macam-macam lagi.

Beberapa kalimah Arab yang sesuai untuk digunakan :

Yang biasa digunakan :

وغيرها

ونحو ذلك

Belajarlah menggunakan kalimah berikut :

و ما إلى ذلك

وهَلُمَّ جَرَّا

وما جَرَى مَجْراه

Lagi...

Ma'al Hijrah

Kenapa "Ma'al Hijrah" ? Adakah ia satu ucapan yang diucapkan oleh orang-orang Arab setiap kali tibanya 1 Muharam ? Adakah ia satu ucapan seperti memberi salam ? Jika begitu, apa jawabnya ?

Penulis memohon maaf kerana agak lama tiada entry baru. Penulis agak sibuk ( alasan biasa kepada mana-mana blogger ) untuk membuat rujukan. Keterbatasan waktu dan kerja yang bertimbun terpaksa dilunasi.

Kembali kepada tajuk kita. Sebenarnya biarpun "Ma'al Hijrah" merupakan kalimah dalam bahasa Arab, namun ia bukanlah satu ucapan yang perlu diucapkan setiap kali datangnya tahun baru Hijrah. Kerana "Ma'al Hijrah" yang bermaksud "Bersama Berhijrah" lebih sesuai kita katakan ia adalah tema kepada sambutan Tahun Baru Hijrah.

Bangsa Arab biasanya memberi ucapan Kullu 'Am Wa Antum Bikhair atau dengan sedikit tambahan untuk apa sahaja perayaan sama ada Hari Raya, Tahun Baru dan sebagainya. Rasanya sudah terjawab kepada persoalan di atas.

Penulis di kesempatan ini, mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, semoga kita termasuk di kalangan orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi lebih baik dari tahun ini. Tidak salah berazam, tetapi berazamlah untuk merealisasikan azam tersebut. Kullu 'Am wa Antum Ilallahi Aqrab wa ila To'atihi Adwam.

Doa Akhir & Awal Tahun :

download

Lagi...