Benci + Cinta = Bencinta ?

Benci dan cinta, dua kalimah yang berlawanan. Dapatkah dihimpunkan dalam satu masa? Mungkin YA bagi yang pernah merasai. Mugkin TIDAK bagi yang menilai menggunakan akal. Kedua-duanya membahayakan.

Entri kali ini, mengajak kita sama-sama meneliti keindahan bahasa dan menyingkap kecantikan makna yang telah dituturkan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. Ungkapan ini telah dirakamkan pada kedudukan yang terakhir di dalam Kitab al-Adab al-Mufrad karangan Imam Bukhari.

لا يَكُنْ حُبُّكَ كَلَفاً، ولا بُغْضُكَ تَلَفاً

Terjemahan :

Jangan biarkan cinta kamu itu membebankan,
dan jangan pula benci kamu itu membinasakan.


Aspek Nahu :

لا : لا الناهية
يكن : فعل مضارع مجزوم بلا الناهية وعلامة جزمه السكون
حبك / بغضك : اسم كان مرفوع بالضمة
كلفا / تلفا : خبر كان منصوب بالفتحة

Aspek Balaghah :

Pertama, secara jelas kita dapat lihat السجع SAJA' iaitu ritma ( rujuk artikel lalu : Rhythm ) pada lafaz kalafan dan talafan.

Kedua, terdapat الإيجاز IJAZ ( belum dibincangkan lagi sebelum ini ) iaitu ringkas
dalam erti kata, kalimah yang digunakan itu cukup ringkas tetapi mengandungi banyak makna yang tersirat yang perlu kepada huraian.

Buktinya ; Beliau ditanya, "Bagaimana itu boleh berlaku?" Saidina Umar r.a. menjawab : "Apabila kamu menyintai sesuatu, ia akan membebankan kamu sebagaimana anak-anak kecil. Dan apabila kamu membenci sesuatu, kamu harapkan/melakukan kebinasaan kepadanya."

Sudah jelas?

Kalau rasa kurang faham, itulah yang dinamakan IJAZ, kalam yang hanya sejengkal namun maknanya sedepa. IJAZ banyak akan kita temui dalam untaian hadis Rasulillah s.a.w kerana Baginda dianugerahkan satu kelebihan yang disebut sebagai Jawami' al-Kalim.

Wallahu A'lam.

1 respon:

Zulfahmi Haron berkata...

terbaik!
keep updating!