Untuk kali ini, akan dibincangkan satu ungkapan yang tidak kurang masyhurnya jika dibandingkan dengan ungkapan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban.
Firman Allah ;
Sabda Nabi S.A.W ;
Peranan :
Diungkapkan sebagai ucapan doa kepada seseorang yang akan menjamu selera.
Terjemahan :
Nikmatilah hidanganmu sebaik-baiknya. Atau dengan kata lain, selamat menjamu selera.
Penggunaan :
Situasinya ketika kita menjemput saudara kita menjamu selera, selepas kita mempersilakan beliau untuk makan, maka ucapkan kepadanya seperti berikut :
Contoh 1 :هنيئا مريئا يا أخي العزيز
Contoh 2 :هنيئا لك الطعام
Contoh 3 :كلوا هنيئا لكم
Kedudukan I'rab :
- Mansub kerana berada pada kedudukan hal.
- Sahib Hal dibuang dengan taqdir
Semoga bermanfaat.
'Bon Appetit'
Rabbana, Rabbi & Allahumma
Rabbana, Rabbi & Allahumma.. Tiga ungkapan yang sering diucapkan di dalam doa kita setiap waktu. Apa i'rabnya??
Kenapa Rabbana dibaca secara nasob dengan baris atas sedangkan tiada huruf nasob? Sepatutnya dibaca dengan rofo' Robbuna.??
J : Sebenarnya kalimah robbuna merupakan munada yang berhukum mansub.Tapi di mana huruf Nida'?
J : Huruf Nida' telah dihazafkan. Dengan taqdir : "Ya Rabbana"Adakah Rabbi macam Rabbana, dihazaf huruf Nida'nya?
J : Ya, Rabbi juga huruf Nida'nya dihazaf.Tapi mengapa dibaca dengan kasrah?
J : Asal lafaz Rabbi Adalah يا ربي kemudian dihazafkan huruf Nida'. Ya Mutakallim juga boleh dihazafkan dalam situasi Nida'. Tetapi baris kasrah sebelum ya mestilah dikekalkan.Bagaimana pula dengan Allahumma?
J : Allahumma asalnya merupakan lafaz Ya Allah, kemudian huruf Nida' dibuang dan digantikan dengan mim.Bagaimana i'rabnya?
Kabinet Mesir 2009
Tambahkan thaqafah berkenaan Kabinet Mesir yang terdiri daripada 32 kementerian.
* Muat turun .pdf - 216KB
"Ahlan wa Sahlan wa Marhaban"
Ungkapan yang sering diucapkan, selalu diterima, kerap didengari. Cuma pernah tak terfikir kenapa Ahlan (dgn fathatain), bukan Ahlun atau Ahlin ?
Ungkapan ini merupakan ungkapan klasik yg telah wujud dalam masyarakat Arab jahiliah lagi. Diungkapkan sebagai kata-kata aluan (tarhib) dan doa kepada si pendengar.
Sebenarnya terdapat beberapa pendapat berkenaan kenapa ungkapan ini datang dalam bentuk nasob (fathatain).
Pendapat Pertama :
al-Askariy menyatakan makna ungkapan tersebut adalah 'Ataita Ahlan ka Ahlika ' iaitu kamu mendatangi saudara seperti saudaramu sendiri. Ini bermakna, kedudukan Ahlan adalah maf'ul bihi.
Pendapat Kedua :
al-Farra' pula memberikan maknanya sebagai doa 'Rahhaba bika Allahu Marhaban wa Ahallaka Ahlan ' iaitu moga Allah meraikan kamu dengan keraian, dan ini bermakna kedudukan i'rabnya adalah maf'ul mutlak.
Pendapat Ketiga :
al-Astarabazi pula berkata, makna ungkapan tersebut 'Ataita Ahlan la Ajanib ' iaitu kamu datang sebagai saudara kami bukan orang asing. Kedudukannya adalah hal.
** Mana-mana i'rab di atas boleh digunapakai, cuma alasan dan taqdir kalam mestilah sepadan dengan i'rabnya.
Rujukan : al-Mu'jam fi al-Asalib al-Islamiah wa al-Arabiah.
Imtihan 2008/2009
"Bagaimana bentuk kertas soalan peperiksaan di Universiti al-Azhar?" terpacul soalan dari sorang teman di Malaysia.
Untuk dikongsi bersama semua pengunjung, ana paparkan semua soalan (kecuali Bahasa Inggeris) untuk 13 subjek silibus Tahun 4 Fakulti Bahasa Arab Kampus Kaherah bagi sesi 2008/2009. Semua kertas telah discan sendiri. Abaikan sebarang coretan berdakwat biru.
* Jangan lupa klik Toggle Full Screen untuk paparan yang lebih jelas.
eBook - Panduan Mempelajari Bahasa Arab
Sebuah eBook dalam bahasa Indonesia (mudah difahami), sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan koleksi.
* Untuk lebih jelas, klik pada ikon Toggle Full Screen pada penjuru atas sebelah kanan.
* Muat turun .pdf - 526.49KB





