Sebuah kitab asas dan mudah untuk semua yang mula berjinak-jinak dengan ilmu Nahu. Bagaimanapun berguru itu perlu bagi memahami dengan tepat. Dialu-alukan untuk dimuat turun sebagai rujukan dan koleksi ilmiah.
Nahu Wadih 2
Nahu Wadih 3
MUAT TURUN
Nahu Wadih 1 - 1.9 MB
Nahu Wadih 2 - 3.7 MB
Nahu Wadih 3 - 4.6 MB
e-Book Nahu Wadih
Tips Belajar Bahasa Arab
Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walau bagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.
Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima.
Dengan ertikata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat Al-Quran dan al-Hadis ;
Pertama : Konsep Memanfaatkan Kelebihan Memiliki Kata Pinjaman.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab.
Dalam peperiksaan Bahasa Arab SPM, calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya sangat senang kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini.
Kedua : Konsep Zikrullah
Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawaban yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar saudara?” Jawabannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya baik dan alhamdulillah”.
Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawaban “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.
Ketiga : Konsep Panggilan Mesra
Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya… (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.
Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.
Keempat : Konsep Intonasi
Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.
Sebagai contohnya perkataan “La” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “la” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.
Kelima : Konsep Bahasa Badan
Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.
Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?
Keenam : Konsep Pengukuhan Dengan ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmat
Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklumi, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikamt dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.
Sehubungan itu kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.
* Artikel ini merupakan adaptasi dan telah disunting.
* Untuk lebih lanjut, sila baca artikel asal di : Belajar Bahasa Arab
Bunyi Haiwan
Salah satu keunikan bahasa Arab dalam menggambarkan makna perkataan ialah tentang bunyi-bunyi binatang yang diungkapkan satu persatu dengan istilah yang khusus bagi setiap bunyi.
[ Klik imej untuk lebih jelas ]
Selawat Quraniah
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu serta ucapkanlah salam kepada baginda dengan penuh penghormatan."
Selawat dan salam
buat junjungan yang diwahyukan al- Quran
serta ahli keluarga baginda
juga para sahabat pembawa al-Quran
Salam dan keredhaan Allah
buat mereka yang memuliakan al-Quran
dengan hati tulus lagi ikhlas
mencintai penggemar al-Quran
Bertuahlah bagi mereka yang mempelajari
kemudian pula mengajarkan al-Quran
berterusan sepanjang detik
dengan tartil menghayati al-Quran
Berjaya juga mereka yang berbicara
dengan Tuhannya melalui al-Quran
dosa pula bagi yang menjauhi
laknat al-Quran buat mereka.
Bahasa Arab bahasa syurga?
Sekadar pencerahan, semoga setiap daripada kita memahami adakah bahasa Arab itu bahasa syurga.
Memandangkan terdapat satu soalan yang diajukan kepada ana, di sini ana kongsikan artikel luar tanpa diadaptasi.Benar apa yang sdr mukminin dengar itu bahawa tidak ada nas dari Al-Quran dan hadith Nabi saw mengenai bahasa yang digunakan di hari Kiamat atau pun di syurga. Cuma terdapat didalam satu riwayat hadith yg dhaif (lemah) dari Al-Tabarani didalam Al-Kabir Al-Ausath :-
أحبوا العرب لثلاث لأني عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي
“Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran didalam b.Arab dan perbicaraan ahli syurga didalam b.arab”
Al-Tabarani juga telah meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah bahawa :-
أنا عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي
“Aku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah b.Arab”
Al-Haithimi mengatakan bahawa hadith ini lebih da’if dari hadith Ibn Abbas. Kesimpulannya Hadith-hadith yang membicarakan mengenai bahasa di hari Kiamat dan di Syurga merupakan hadith-hadith yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil. wallahu’alam
Sumber : Soal jawabBahasa Arab, Bahasa Akhirat, Bahasa penghuni sorga?
Memang Bahasa yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupannya sehari adalah Bahasa Arab, karena beliau adalah orang Arab. Dalam menyampaikan hadits dan menceritakan kisah-kisah orang terdahulu dan peristiwa yang akan datang di kemudian hari, beliau mengungkapkannya dengan Bahasa Arab.
Kemudian, apakah Bahasa Arab itu adalah Bahasa yang digunakan di akhirat? Memang ada hadits Rasulullah SAW yang berbunyi :
"Cintailah orang Arab karena tiga hal; Karena aku adalah orang Arab, Al-Qur’an itu berbahasa Arab dan ucapan penduduk sorga adalah Bahasa Arab”. (HR. Hakim, Thabarani dan Baihaqi)
Kalau hadits ini bisa dijadikan sandaran, maka benar adanya bahwa bahasa yang akan digunakan di sorga nanti adalah Bahasa Arab. Namun banyak para Ahli Hadits yang menilai hadits ini dha’if bahkan sampai ke tingkat hadits Maudhu’ (palsu) karena ada perawi hadits ini yang dianggap lemah dan bahkan pembohong.
Imam Dzahabi menyebutkan dalam ringkasan kitab al-Mustadrak : Saya kira hadits ini lemah”. Ibnu Al-Jauzi menyebutkan hadits ini dalam kita al-Maudhu’at (kumpulan hadits-hadits palsu)
Namun demikian Bahasa Arab adalah Bahasa termulia karena dia adalah Bahasa Al-Qur’anul Karim, Bahasa yang digunakan untuk kitab termulia.
Sumber : Membuka jendela, memanah rembulan
Ana mengalu-alukan sebarang respon.Ahlan bikum..
Matan al-Bina : Siri 10
Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 10. Masih berbaki 25 bab.
Bahagian Kedua ( 2 of 3 ), 3 huruf dengan tambahan 2 huruf ( 3 + 2 ) dan mempunyai 5 Bab ;
( No. 10 of 35, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- انكسر : terpecah
- انقطع : terputus
- انفتح : terbuka
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
- Madhinya mempunyai LIMA huruf.
- Berlaku penambahan huruf ALIF dan NUN di awalannya.
Peranan / Makna :
Menunjukkan kepada makna MUTAWA'AH,
Makna Mutawa'ah : Kesan yang berlaku daripada kata kerja terhadap penyambut/mangsa.
- cth : Aku memecahkan botol, maka terpecahlah botol itu.
- 'Pecahlah' itu merupakan kesan daripada kata kerja terhadap penyambut iaitu botol.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Angka di dalam al-Quran (2)
Sebagai rentetan kepada artikel Angka di dalam al-Quran, mari kita merenung sejenak beberapa petikan ayat-ayat suci yang mengandungi angka dan bilangan.
Apa yang didatangkan di sini hanyalah sebagai contoh, kerana terdapat beberapa ayat yang mempunyai angka yang sama.
Untuk entri angka 1 hingga 12, sila ke sini.
Berikut adalah angka puluh, ratus dan ribu..
Wallahu A'lam. Moga bermanfaat.





