Pengenalan mata pelajaran Al-Adab wa Al-Balaghah di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran serta merealisasikan keupayaan penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid menerusi gaya bahasa Arab yang pelbagai serta mampu berinteraksi dengan teks-teks Arab daripada pelbagai sumber dan menyingkap rahsia teks tersebut seterusnya menghayati keindahannya dan memahami budaya masyarakat Arab juga menyerapi nilai-nilai mulia di dalam jiwa.
Pengenalan Al-Adab wa Al-Balaghah KBD
Pengenalan Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Muasirah KBD
Kurikulum Bersepadu Dini al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dalam usaha melahirkan ilmuan Islam
dan pelapis generasi ulama pada masa akan datang, kurikulum ini dibina berasaskan kemahiran berbahasa dan ilmu bahasa Arab. Perkara ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam interaksi sosial murid serta boleh mengakses maklumat tambahan kepada pengetahuan yang diperlukan.
Koleksi Kisah Juha [25 siri]
[Kemaskini 19/7/24] Link telah dikemaskini semula kerana link lama tidak dapat diakses. Juha merupakan satu watak fiksyen yang terkenal dalam kalangan bangsa Arab. Watak Juha boleh digandingkan setara dengan watak Pak Pandir dalam sastera Melayu. Kisah yang santai namun memberikan suatu suntikan kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat untuk dijadikan iktibar.
Kutaib al-Amthilah al-Tasrifiyyah
Kutaib atau kitab kecil (الأمثلة التصريفية) di dalam bidang ilmu sarf ini amat terkenal dalam kalangan penuntut ilmu dan pencinta bahasa Arab khasnya di pondok-pondok turath di Malaysia. Amat mudah untuk dijadikan sebagai rujukan dalam memahami pembentukan kalimah di dalam bahasa Arab. Dikongsikan di sini kutaib tersebut dalam versi pdf.
Kisah Haiwan di dalam al-Quran
Terdapat beberapa jenis haiwan yang diceritakan di dalam al-Quran sebagai pengajaran dan iktibar kepada manusia. Di sini dikongsikan 9 kisah haiwan dalam versi pdf.
[BBM] al-Uslub al-Insyai
Di sini penulis kongsikan satu lagi bahan bantu mengajar (BBM) komponen Balaghah bagi Bahasa Arab Tingkatan 5. BBM ini telah menggunakan Peta Pemikiran (i-think) dan turut disertakan dengan contoh-contoh soalan SPM sebenar dan beberapa soalan percubaan negeri tertentu. Tajuk pada kali ini ialah al-Uslub al-Insya-i / الأسلوب الإنشائي atau di sini penulis terjemahkan sebagai Ayat Bukan Penyata.
[BBM] al-Uslub al-Khabary
Di sini penulis kongsikan satu bahan bantu mengajar (bbm) komponen Balaghah bagi Bahasa Arab Tingkatan 5 iaitu al-Uslub al-Khabary / الأسلوب الخبري atau di sini penulis terjemahkan sebagai Ayat Penyata. Tajuk ini agak mudah untuk dikuasai oleh para pelajar meskipun tidak memahami makna ayat yang diberikan.





