Koleksi Kisah Juha [25 siri]

[Kemaskini 19/7/24] Link telah dikemaskini semula kerana link lama tidak dapat diakses. Juha merupakan satu watak fiksyen yang terkenal dalam kalangan bangsa Arab. Watak Juha boleh digandingkan setara dengan watak Pak Pandir dalam sastera Melayu. Kisah yang santai namun memberikan suatu suntikan kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat untuk dijadikan iktibar.

Lagi...

Kutaib al-Amthilah al-Tasrifiyyah

nahu sarfKutaib atau kitab kecil (الأمثلة التصريفية) di dalam bidang ilmu sarf ini amat terkenal dalam kalangan penuntut ilmu dan pencinta bahasa Arab khasnya di pondok-pondok turath di Malaysia. Amat mudah untuk dijadikan sebagai rujukan dalam memahami pembentukan kalimah di dalam bahasa Arab. Dikongsikan di sini kutaib tersebut dalam versi pdf.

Lagi...

Kisah Haiwan di dalam al-Quran

Terdapat beberapa jenis haiwan yang diceritakan di dalam al-Quran sebagai pengajaran dan iktibar kepada manusia. Di sini dikongsikan 9 kisah haiwan dalam versi pdf.

Lagi...

[BBM] al-Uslub al-Insyai

Di sini penulis kongsikan satu lagi bahan bantu mengajar (BBM) komponen Balaghah bagi Bahasa Arab Tingkatan 5. BBM ini telah menggunakan Peta Pemikiran (i-think) dan turut disertakan dengan contoh-contoh soalan SPM sebenar dan beberapa soalan percubaan negeri tertentu. Tajuk pada kali ini ialah al-Uslub al-Insya-i / الأسلوب الإنشائي atau di sini penulis terjemahkan sebagai Ayat Bukan Penyata.

Lagi...

[BBM] al-Uslub al-Khabary

Di sini penulis kongsikan satu bahan bantu mengajar (bbm) komponen Balaghah bagi Bahasa Arab Tingkatan 5 iaitu al-Uslub al-Khabary / الأسلوب الخبري atau di sini penulis terjemahkan sebagai Ayat Penyata. Tajuk ini agak mudah untuk dikuasai oleh para pelajar meskipun tidak memahami makna ayat yang diberikan.

Lagi...

Modul Imtiyaz Masalik al-Najah

Istimewa untuk untuk guru Bahasa Arab Menengah Atas, di sini dikongsikan CD Modul Imtiyaz Masalik al-Najah Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebagai bahan bantu mengajar para asatizah bagi menambahbaik PdP Bahasa Arab. Jazakallah kepada Us. Ikhwan bin Zainuddin, Penolong Pengarah Bahasa Arab SPI JPN Kedah kerana memberi kebenaran bagi berkongsi modul ini.

Lagi...

[BBM] Jinas

Di sini penulis kongsikan satu bahan bantu mengajar (bbm) komponen Balaghah bagi Bahasa Arab Tingkatan 5 iaitu al-Jinas / الجناس atau di sini penulis terjemahkan sebagai Sejenis. Tajuk ini agak mudah untuk dikuasai oleh para pelajar meskipun tidak memahami makna ayat yang diberikan.

Lagi...