Dokumen Penjajaran Kurikulum Kegunaan 2020 (PIBA dan KBD)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab telah dijajarkan sesuai dengan keadaan semasa kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda Negara.

Lagi...

[Kemaskini] Modul 1000 Soalan Kertas 1 Bahasa Arab SPM

Istimewa buat semua pengunjung bahasasyurga.net, Modul 1000 Soalan Kertas 1 Bahasa Arab sedia untuk dimuat turun. Modul ini merupakan himpunan 25 set kertas 1 Bahasa Arab, menjadikan keseluruhan soalan berjumlah 1000. Ia sesuai dijadikan sebagai latih tubi bagi menghadapi peperiksaan SPM yang akan tiba nanti. Kredit kepada semua penulis asal set soalan ini. Jazakumullah.

Lagi...

Koleksi Quizizz al-Adab wa al-Balaghah SPM KBD

Koleksi soalan kuiz berikutnya adalah untuk subjek al-Adab wa al-Balaghah bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Soalan Quizizz ini merupakan inisiatif Ustaz Hasiff Halim dari Sekolah Maahad Pontian, Johor Darul Takzim. Link yang dikongsikan oleh beliau ini adalah untuk kegunaan guru. Koleksi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lagi...

Koleksi Soalan Kuiz LAM Ting 5 (Kegunaan Pelajar)

Koleksi soalan kuiz seterusnya adalah untuk subjek al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah Tingkatan 5. Soalan kuiz ini menggunakan platform Google Form. Ini bermakna, ia lebih sesuai dijawab secara kendiri oleh para pelajar secara mastery learning Koleksi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lagi...

Koleksi Quizizz LAM Ting 4 (Kegunaan Guru dan Pelajar)

Seperti sedia maklum, PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April. Penulis mengambil inisiatif untuk menyediakan soalan-soalan latih tubi bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah, koleksi seterusnya adalah untuk Tingkatan 4. Koleksi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lagi...

Koleksi Quizizz LAM Menengah Rendah (Kegunaan Guru dan Pelajar)

Seperti sedia maklum, PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April. Penulis mengambil inisiatif untuk menyediakan soalan-soalan latih tubi bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah (Menengah Rendah) untuk kegunaan pelajar dan guru. Koleksi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lagi...

Koleksi Soalan Quizizz Bahasa Arab SPM (Kegunaan Pelajar)

Menyedari akan ruang masa yang banyak sepanjang PKP (18 - 31 Mac), penulis telah menghimpunkan koleksi soalan bahasa Arab Tingkatan 4 dan 5 untuk dijadikan sebagai latih tubi oleh para pelajar. Soalan-soalan ini adalah berbentuk gamifikasi menerusi aplikasi Quizizz yang boleh dimainkan pada bila-bila masa sahaja, sama ada menggunakan komputer riba atau telefon pintar masing-masing. Soalan-soalan ini adalah khas untuk calon SPM Tahun 2020 sahaja, kerana ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Lagi...