Balad & Baldah

Apa beza 'baldah' dan 'balad'? Secara zahir 'baldah' muannas dan 'balad' muzakkar. Setuju ?

Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat ana yang bertanya kerana memberi ilham untuk terhasilnya entri ini.

بلد و بلدة

Dua kalimah yang acapkali kita dengar.

Secara zahir, ya dan tepat apa yang disebutkan di atas.

Dalil ;
1. al-Baqarah : 126

2. Saba' : 15

Lihat kepada na'at/sifatnya.

Tetapi, BALDAH BUKANLAH MUANNAS KEPADA BALAD

Ini disebabkan makna dan penggunaannya yang berbeza.

البَلَدُ جنسُ المكان كالعراق والشام والبَلدةُ الجزءُ المخصصُ منه كالبصرة ودمَشق

Balad merupakan nama jenis kepada suatu tempat seperti Iraq dan Syam sedangkan baldah merupakan sebahagian daripadanya seperti Basrah dan Damsyiq.

[ Dipetik daripada Lisan al-Arab, Ibn Manzur ]

مكان محدود يستوطنه الناس
Balad : suatu tempat yang mempunyai sempadan, didiami manusia.

مدينة أو قرية
Baldah : bandar atau desa.

[ Dipetik daripada Mu'jam al-Arabi al-Asasi ]

Jadi, apabila kita menyebut atau merujuk kepada suatu negara, maka kita perlu menggunakan kalimah 'balad'.
cth ;
مصر بلد إسلامي عريق في تاريخه
Mesir negara Islam yang tulen sejarahnya.

TAMBAHAN :
- Jamak kepada balad adalah بلاد atau بلدان
- Semua nama negara, negeri dan tempat adalah MUANNAS.
- بليد tiada kaitan dengan balad atau baldah kerana ia bermaksud 'bodoh'.