Peranan Af'ala

Entri ini merupakan rentetan kepada artikel Matan al-Bina sebelum ini. Oleh kerana dalam kitab tersebut tidak menjelaskan peranan atau makna kepada wazan-wazan tambahan, maka ana asingkan penjelasannya.

Peranan dan makna wazan ini, dirujuk di dalam Kitab Syaz al-'Arf fi Fan as-Sarf.

Peranan dan makna ini hanya terdapat pada al-Mazid (yang ditambah) sahaja, samada Sulasi (Tiga) atau Ruba'i (Empat).

Ini disebabkan oleh kaedah yang menyebut ;


زيادة البناء تدل على زيادة المعنى
Pertambahan kepada wazan membawa kepada perubahan makna.


Antara makna dan peranan yang masyhur adalah :

1. التعدية
Iaitu menambahkan maf'ul bih (penyambut) kepada fe'el asal.

i - mengubah yang lazim kepada muta'addi 1 maf'ul.
cth asal (fe'el lazim) ;
كرم زيد
Zaid itu mulia.

cth ditambah (fe'el muta'addi)
أكرم زيد عمرا
Zaid memuliakan Umar.

ii - mengubah muta'addi 1 maf'ul kepada 2 maf'ul, dan sekiranya 2 maf'ul diubah menjadi 3 maf'ul dan seterusnya. (perbahasan ini agak rumit, cukup sekadar mengetahui sepintas lalu)

2. الدخول في الشيء زمانا كان أو مكانا
Iaitu menunjukkan masuk kepada suatu masa atau tempat.

cth :
أصبح زيد
Zaid berada pada waktu pagi.(masa)

أشأم زيد
Zaid memasuki Syam. (tempat)

Sebenarnya banyak lagi makna dan peranannya, ana rasa dua yang disebutkan adaah yang terpenting dan selalu digunakan. Wallahu A'lam.

0 respon: