Sebuah burdah yang digarap daripada sepotong Hadis yang telah diriwayatkan oleh Sayyidina Ali k.w.h berkenaan sifat perwatakan Rasulillah s.a.w.
Dengan lautan Kemuliaan dan Kesucian
Para Sahabat Yang Mulia meriwayatkan
Sebahagian mereka, S. Ali yang cukup setia
Baginda sederhana di antara manusia
Tidak terlalu tinggi atau rendah
Rambut hitam warnanya
Wajah bagaikan purnama
Adakah Baginda gempal di antara semua
Adakah muka Baginda bulat, aku menjawab ; Tidak
Raut wajah Baginda bujur
Bagaikan dihiasi berlian dan permata
Bulu mata Baginda bercelak
Mata hitamnya bagaikan malam yang bersinar
Bola mata Baginda begitu menarik
Dek kerna memandang dengan nur Ilahi
Amat pemurah dan begitu mulia
Lihatlah pada penampilan dan dermawannya Baginda
Baginda lebih pemurah daripada hujan yang lebat
Cukuplah jiwaku sebaga perisai kepada Baginda
Rasulullah punyai khatam
Khatam tanda kenabian
Bahu sebagai bukti anugerah khatam itu
Allah sahajalah sebaik-baik Pencipta
Muat turun .mp3 - 3.7MB
[Qasidah] Perwatakan Rasulillah SAW
Ibtisamat
Berkongsi satu klip video yang boleh dikatakan agak menarik, nak tergelak gak dengar. Walaupun Arab tu Arab fake. Apa pun satu usaha yang baik.
** Betul ke ni iklan NST?? rasa macam iklan buat sendiri jer..
A'la kulli hal, mabruk li man sahama fi ikhraji hazal klib.
** Pesanan ; tak baik tau mempersendakan orang!!
Budi bahasa budaya kita juga ajaran agama kita.
Penggunaan Amma
Lama tak update. Sibuk sikit menghadapi imtihan. Seminggu 2 paper, Sabtu dan Selasa. Insya Allah 14 Jun selesai.
Mencuri senggang waktu untuk menulis juga memandangkan traffic masuk setiap hari dari pelbagai ceruk rantau. Dan untuk tudak menghampakan sahabat-sahabat yang kerap berkunjung ke sini.
Untuk kali ini hanya maklumat ringkas yang ana sebutkan berkenaan penggunaan kalimah Amma.
Peranan
Membawa maksud 'adapun..'
Kalimah amma ni merupakan salah satu penanda wacana (dalam bentuk ayat syarat) bagi mengindahkan sesuatu kalam.
Penggunaan
- Mesti disertakan bersama dengan huruf fa' ( الفاء ) sebagai jawapan kepada ayat sebelumnya. Bermaksud, '..maka'
- Kalimah amma dan huruf fa' ini tidak menjejaskan kedudukan i'rab kalimah selepasnya.
Contoh
Khutbah @ ucapan
Al-Quran
"Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh, maka bagi mereka syurga ma'wa..." as-Sajdah : 09
"Adapun perahu itu, maka ia adalah kepunyaan orang miskin..." al-Kahfi : 79
Semoga maklumat ringkas ini, memberikan manfaat berguna.
Asma ul Husna?
"Asma ul Husna atau al-Asma ul Husna?" Yang mana satu betul nih? Biasanya orang sebut Asma ul Husna.
Rasanya bagi yang menguasai Nahu sudah tentu dapat membezakan di antara dua rangkai kata di atas.
أسماء الحسنى
Rangkai kata yang dibentuk daripada mudhaf dan mudhafun ilaih.
الأسماء الحسنى
Pula terbina daripada mausuf dan sifah @ man'ut dan na'at.
Jadi, yang mana BETUL?
Jawapannya ;
al-A'raf 180
Bagaimana pula dengan kalimah ini ;
Jadi, perbetulkan lisan kita agar menjadi ikutan yang lain.
'Pintar Soleh'
Nampak menarik kamus ini, ni bukan promo tau. Benda yg baik elok sama-sama kita kongsi. Kalau ana berada di M'sia, mesti ana dah beli. Selanjutnya...
Menarik
Artikel menarik untuk dikongsi. "Bahasa Arab - Bahasa syurga yang mempengaruhi dunia" oleh Zamri Mohamad. Selanjutnya...
Akronim
Tak pasti betul ke tak terjemahan tu. Sebab biasanya akronim tu merupakan perkataan yg terbentuk daripada huruf awalan sesuatu rangkaian perkataan.
"aritu kata nak tawaquf dulu sebab nak exam.." tempelak roomateku.
"saja nak kongsi satu subtopik yg menjadi muqarar (silibus) untuk exam bagi subjek Feqh Lughah (Philology)." balasku.
Sebenarnya yang ana maksudkan dengan akronim adalah an-Nahtu
Merupakan beberapa kalimah yang diringkaskan menjadi satu kalimah.
Contoh :
حمدل : الحمد لله
سبحل : سبحان الله
هيلل : لا إله إلا الله
حوقل : لا حول ولا قوة إلا بالله
حسبل : حسبي الله
صلعم : صلى الله عليه وسلم
مشأل : ما شاء الله
حيعل : حي على الصلاة
سمعل : السلام عليكم
Penjelasan :
Biasanya kalimah-kalimah yang diringkaskan ini merupakan ayat lengkap yang sering diungkapkan dalam kehidupan harian dan kebanyakannya adalah mengandungi makna doa.
Semua kalimah di atas merupakan kalimah kata kerja
Juga terdapat istilah yang dibentuk BUKAN daripada ayat tetapi dibentuk daripada beberapa kalimah seperti :
dan banyak lagi..
Wallahu A'lam.





