Hayya merupakan perkataan yang tidak asing lagi bagi umat Islam tambahan pula kepada pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Arab. Namun sebutan yang sama dengan makhraj yang berbeza, pastinya ejaan juga berbeza lantas memberikan makna yang berbeza. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang salah dalam menggunakan kedua-dua perkataan ini.
[Kemusykilan] Perbezaan Hayya
Rasulullah Bersyair?
Rasulullah s.a.w merupakan orang Arab yang paling fasih dalam pertuturan Bahasa Arab. Ini telah disepakati oleh keseluruhan ulama. Namun baginda s.a.w tidak pernah melantunkan atau mendendangkan sebarang syair Arab.
Balad & Baldah
Apa beza 'baldah' dan 'balad'? Secara zahir 'baldah' muannas dan 'balad' muzakkar. Setuju ?
Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat ana yang bertanya kerana memberi ilham untuk terhasilnya entri ini.
Dua kalimah yang acapkali kita dengar.
Secara zahir, ya dan tepat apa yang disebutkan di atas.
Dalil ;
1. al-Baqarah : 126
2. Saba' : 15
Lihat kepada na'at/sifatnya.
Tetapi, BALDAH BUKANLAH MUANNAS KEPADA BALAD
Ini disebabkan makna dan penggunaannya yang berbeza.
البَلَدُ جنسُ المكان كالعراق والشام والبَلدةُ الجزءُ المخصصُ منه كالبصرة ودمَشق
Balad merupakan nama jenis kepada suatu tempat seperti Iraq dan Syam sedangkan baldah merupakan sebahagian daripadanya seperti Basrah dan Damsyiq.
[ Dipetik daripada Lisan al-Arab, Ibn Manzur ]
مكان محدود يستوطنه الناس
Balad : suatu tempat yang mempunyai sempadan, didiami manusia.
مدينة أو قرية
Baldah : bandar atau desa.
[ Dipetik daripada Mu'jam al-Arabi al-Asasi ]
Jadi, apabila kita menyebut atau merujuk kepada suatu negara, maka kita perlu menggunakan kalimah 'balad'.
cth ;
مصر بلد إسلامي عريق في تاريخه
Mesir negara Islam yang tulen sejarahnya.
TAMBAHAN :
- Jamak kepada balad adalah بلاد atau بلدان
- Semua nama negara, negeri dan tempat adalah MUANNAS.
- بليد tiada kaitan dengan balad atau baldah kerana ia bermaksud 'bodoh'.
Rabbana, Rabbi & Allahumma
Rabbana, Rabbi & Allahumma.. Tiga ungkapan yang sering diucapkan di dalam doa kita setiap waktu. Apa i'rabnya??
Kenapa Rabbana dibaca secara nasob dengan baris atas sedangkan tiada huruf nasob? Sepatutnya dibaca dengan rofo' Robbuna.??
J : Sebenarnya kalimah robbuna merupakan munada yang berhukum mansub.Tapi di mana huruf Nida'?
J : Huruf Nida' telah dihazafkan. Dengan taqdir : "Ya Rabbana"
Adakah Rabbi macam Rabbana, dihazaf huruf Nida'nya?
J : Ya, Rabbi juga huruf Nida'nya dihazaf.Tapi mengapa dibaca dengan kasrah?
J : Asal lafaz Rabbi Adalah يا ربي kemudian dihazafkan huruf Nida'. Ya Mutakallim juga boleh dihazafkan dalam situasi Nida'. Tetapi baris kasrah sebelum ya mestilah dikekalkan.
Bagaimana pula dengan Allahumma?
J : Allahumma asalnya merupakan lafaz Ya Allah, kemudian huruf Nida' dibuang dan digantikan dengan mim.Bagaimana i'rabnya?
"Ahlan wa Sahlan wa Marhaban"
Ungkapan yang sering diucapkan, selalu diterima, kerap didengari. Cuma pernah tak terfikir kenapa Ahlan (dgn fathatain), bukan Ahlun atau Ahlin ?
Ungkapan ini merupakan ungkapan klasik yg telah wujud dalam masyarakat Arab jahiliah lagi. Diungkapkan sebagai kata-kata aluan (tarhib) dan doa kepada si pendengar.
Sebenarnya terdapat beberapa pendapat berkenaan kenapa ungkapan ini datang dalam bentuk nasob (fathatain).
Pendapat Pertama :
al-Askariy menyatakan makna ungkapan tersebut adalah 'Ataita Ahlan ka Ahlika ' iaitu kamu mendatangi saudara seperti saudaramu sendiri. Ini bermakna, kedudukan Ahlan adalah maf'ul bihi.
Pendapat Kedua :
al-Farra' pula memberikan maknanya sebagai doa 'Rahhaba bika Allahu Marhaban wa Ahallaka Ahlan ' iaitu moga Allah meraikan kamu dengan keraian, dan ini bermakna kedudukan i'rabnya adalah maf'ul mutlak.
Pendapat Ketiga :
al-Astarabazi pula berkata, makna ungkapan tersebut 'Ataita Ahlan la Ajanib ' iaitu kamu datang sebagai saudara kami bukan orang asing. Kedudukannya adalah hal.
** Mana-mana i'rab di atas boleh digunapakai, cuma alasan dan taqdir kalam mestilah sepadan dengan i'rabnya.
Rujukan : al-Mu'jam fi al-Asalib al-Islamiah wa al-Arabiah.





