My Homeland

Sekadar untuk menambah pengetahuan am. Jom sama-sama kita hayati lagu, lirik serta terjemahan Lagu Negaraku bagi negara Republik Arab Mesir.

Lagu :


Lirik :

Terjemahan Inggeris :

My homeland, my homeland, my homeland.
You have my love and my heart.
My homeland, my homeland, my homeland,
You have my love and my heart.

Egypt! O mother of all lands,
My hope and my ambition,
And on all people
Your Nile has countless graces

Egypt! Most precious jewel,
A pearl on the brow of eternity!
O my homeland, be for ever free,
Safe from every foe!

Egypt! Noble are thy children,
Loyal, and guardians of the reins.
We are be war and peace
And we will sacrifice ourselves for you my homeland.

Lagi...

Kiasan (1)

Sebagai menjawab permintaan yang diajukan, di sini diterangkan secara ringkas apa itu 'Majaz Mursal' atau terjemahannya 'Kiasan' yang merupakan lawan kepada 'hakikat'.

'Majaz Mursal' merupakan bab yang dikategorikan di bawah Ilm Bayan.

المجاز المرسل

Definisi :
Perkataan yang digunakan BUKAN dengan makna sebenar. Dengan SYARAT adanya hubungkait bukan tasybih di antara makna sebenar dengan makna kedua (majazi) serta adanya alasan yang menghalang daripada menggunapakai makna sebenar.


Contoh mudah BM ;

Memerah santan.

Perkataan 'santan' adakan digunakan secara hakikat ?
Tidak, ia adalah majaz. Apakah ALASANnya ?
Tidak mungkin dapat memerah 'santan', kerana yang diperah adalah nyior.
Apa pula HUBUNGKAITnya ?
Hubungkaitnya adalah 'suatu yang akan berlaku'. Santan adalah suautu yang akan berlaku kepada nyior yang diperah.

Bentuk-bentuk Hubungkait

Di sini dinyatakan 2 daripadanya ;

1. SEBAHAGIAN

Iaitu menyebut 'sebahagian' sesuatu benda tetapi menghendaki 'keseluruhannya'.


"Janganlah kamu mencampakkan tangan-tangan (diri) kamu ke lembah kebinasaan"


Di sini disebutkan kalimah 'tangan-tangan' tetapi yang dikehendaki adalah 'tubuh badan'. Alasannya kerana tidak mungkin larangan tersebut dikhususkan kepada tangan sahaja. Dan tangan merupakan 'sebahagian' daripada tubuh badan.

Cth mudah BM ;

Jemput makan nasi.

Disebut nasi tetapi yang dikehendaki adalah hidangan.
Kerana nasi merupakan 'sebahagian' daripada hidangan yang meliputi lauk-pauk, ulaman dan minuman.

2. KESELURUHAN

Iaitu menyebut 'keseluruhan' sesuatu benda tetapi menghendaki 'sebahagiannya' sahaja.


"mereka menyumbat jari-jemari ke telinga masing-masing kerana petir, sebab takut akan mati"


Di sini dinyatakan 'jari-jemari' tetapi makna yang diinginkan adalah 'hujung jari' sahaja. Alasannya kerana mana mungkin dapat menyumbat telinga dengan keseluruhan jari. Dan jari-jemari merupakan keseluruhan kepada hujung jari.

Cth mudah BM ;

Selepas makan, jangan lupa membasuh mulut.

Disebut mulut tetapi yang dikehendaki adalah bibir mulut sahaja.
Kerana mulut merupakan 'keseluruhan' kepada bibir mulut selain gigi, lidah, rongga mulut dsb.

Hubungkait ini bersambung... Insya Allah.

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 8

Siri Memahami Matan al-Bina akan dihentikan sementara waktu. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 8.



Bab Kedua (2 of 3)
( No. 8 of 35, rujuk Jadual )

فعّل يُفعّل تفعيلا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- فرح : menggembirakan
- طوف : mengelilingi
- موت : mati
- غلق : menutup

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai EMPAT huruf.

- Berlaku penambahan huruf 'AIN di antara Fa dan 'Ain.


Peranan :

Kebiasaanya menunjukkan kepada BANYAK, sama ada ;

- Kata kerja dilakukan banyak kali.
- contoh : Zaid mengelilingi (banyak kali) Kaabah.

- Pembuat itu jumlahnya banyak.
- contoh : Banyak unta mati.

- Penyambut itu banyak jumlahnya.
- contoh : Zaid menutup banyak pintu.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7

Lagi...

Peranan Af'ala

Entri ini merupakan rentetan kepada artikel Matan al-Bina sebelum ini. Oleh kerana dalam kitab tersebut tidak menjelaskan peranan atau makna kepada wazan-wazan tambahan, maka ana asingkan penjelasannya.

Peranan dan makna wazan ini, dirujuk di dalam Kitab Syaz al-'Arf fi Fan as-Sarf.

Peranan dan makna ini hanya terdapat pada al-Mazid (yang ditambah) sahaja, samada Sulasi (Tiga) atau Ruba'i (Empat).

Ini disebabkan oleh kaedah yang menyebut ;


زيادة البناء تدل على زيادة المعنى
Pertambahan kepada wazan membawa kepada perubahan makna.


Antara makna dan peranan yang masyhur adalah :

1. التعدية
Iaitu menambahkan maf'ul bih (penyambut) kepada fe'el asal.

i - mengubah yang lazim kepada muta'addi 1 maf'ul.
cth asal (fe'el lazim) ;
كرم زيد
Zaid itu mulia.

cth ditambah (fe'el muta'addi)
أكرم زيد عمرا
Zaid memuliakan Umar.

ii - mengubah muta'addi 1 maf'ul kepada 2 maf'ul, dan sekiranya 2 maf'ul diubah menjadi 3 maf'ul dan seterusnya. (perbahasan ini agak rumit, cukup sekadar mengetahui sepintas lalu)

2. الدخول في الشيء زمانا كان أو مكانا
Iaitu menunjukkan masuk kepada suatu masa atau tempat.

cth :
أصبح زيد
Zaid berada pada waktu pagi.(masa)

أشأم زيد
Zaid memasuki Syam. (tempat)

Sebenarnya banyak lagi makna dan peranannya, ana rasa dua yang disebutkan adaah yang terpenting dan selalu digunakan. Wallahu A'lam.

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 7

Imtihan kian hampir. Semakin getir. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 7.



Dan 12 Bab merupakan Tambahan Kepada 3 Huruf, ia terbahagi kepada 3 ;
Bahagian Pertama, 3 huruf dengan tambahan 1 huruf ( 3 + 1) dan mempunyai 3 Bab ;


Bab Pertama
( No. 7, rujuk Jadual )

أفعل يفعل إفعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- أكرم : memuliakan
- أصبح : berpagi-pagian
- أسمع : memperdengarkan
- أملأ : mengisi/memenuhkan

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai EMPAT huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya.


Peranan :

- Kebiasaanya menunjukkan kepada muta'addi.
- contoh : Zaid memuliakan Umar.

- Kadang-kadang menunjukkan kepada lazim.
- contoh : Zaid berpagi-pagian (berada pada waktu pagi).

Apa itu lazim ? Sila rujuk artikel lalu.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6

Lagi...

Balad & Baldah

Apa beza 'baldah' dan 'balad'? Secara zahir 'baldah' muannas dan 'balad' muzakkar. Setuju ?

Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat ana yang bertanya kerana memberi ilham untuk terhasilnya entri ini.

بلد و بلدة

Dua kalimah yang acapkali kita dengar.

Secara zahir, ya dan tepat apa yang disebutkan di atas.

Dalil ;
1. al-Baqarah : 126

2. Saba' : 15

Lihat kepada na'at/sifatnya.

Tetapi, BALDAH BUKANLAH MUANNAS KEPADA BALAD

Ini disebabkan makna dan penggunaannya yang berbeza.

البَلَدُ جنسُ المكان كالعراق والشام والبَلدةُ الجزءُ المخصصُ منه كالبصرة ودمَشق

Balad merupakan nama jenis kepada suatu tempat seperti Iraq dan Syam sedangkan baldah merupakan sebahagian daripadanya seperti Basrah dan Damsyiq.

[ Dipetik daripada Lisan al-Arab, Ibn Manzur ]

مكان محدود يستوطنه الناس
Balad : suatu tempat yang mempunyai sempadan, didiami manusia.

مدينة أو قرية
Baldah : bandar atau desa.

[ Dipetik daripada Mu'jam al-Arabi al-Asasi ]

Jadi, apabila kita menyebut atau merujuk kepada suatu negara, maka kita perlu menggunakan kalimah 'balad'.
cth ;
مصر بلد إسلامي عريق في تاريخه
Mesir negara Islam yang tulen sejarahnya.

TAMBAHAN :
- Jamak kepada balad adalah بلاد atau بلدان
- Semua nama negara, negeri dan tempat adalah MUANNAS.
- بليد tiada kaitan dengan balad atau baldah kerana ia bermaksud 'bodoh'.

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 6

Jadual imtihan dah keluar. Bermulalah siri berhempas pulas siang malam. Doa sahabat-sahabat sekalian amat ana harapkan. Insya Allah, kita sambung Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 6.



Bab Keenam
( No. 6, rujuk Jadual )

فعِل يفعِل
Ini adalah wazan iaitu Acuan.

Bab Keenam ini merupakan bab terakhir bagi kategori Sulasi Mujarrad ( 3 huruf tanpa penambahan ), rujuk jadual.

Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- حسب : menyangka/mengira
- وثق : mempercayai

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi dan mudhori' kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

'Ain fi'il iaitu huruf 'ain pada wazan/acuan di atas mestilah ;

- berbaris kasrah ketika madhi.

- juga berbaris kasrah ketika mudhori'.


Peranan :

- Kadang-kadang menunjukkan kepada muta'addi.
- contoh : Zaid menyangka Umar itu mulia.

- Dan terkadang menunjukkan kepada lazim.
- contoh : Zaid mewarisi. (Rujuk nota kaki - 1)

Apa itu lazim ? Sila rujuk artikel lalu.

Nota kaki :

(1) Syeikh al-Hazimi berkata ; contoh yang tepat adalah, 'Zaid mempercayai Bakar'. Sedangkan kalimah 'mewarisi' itu muta'addi seperti 'Zaid mewarisi harta', maka 'harta' adalah penyambut dan contoh lain adalah 'Lelaki itu mewarisi daripada bapanya'.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5

Lagi...